Salam.. ape yg misteri nye sapit? haaa.. seblom tu.. aku nk tanye korang.. pernah dengar tak name Tasik Paya Bungor? pernah? mcm pernah? aiih..? tak pernahhh..? haa.. kalo tanye orang Pahang diorang pon tataw, suh die benti dok Pahang, pindah la kat Negeri Seploh.. hehe.. ape la tak pernah dengar.. dulu Sukma Pahang lam acara sukan air wat kat sini la.. haa.. oley kerna aku dilahirkan di Kampung Paya Bungor, maka aku rase terpanggil untuk memperkenalkan pada korang especially utk anda2 yg katenye dah lame dok kat Pahang tuh tentang tasik yg katenye misteri nih.. huhu.. Orait.. hari ni aku nak crite kan skit sejarah silah tasik nih.. yeahh.. bersama-sama ngan sapit dlm usaha beliau utk cuba merungkai misteri dan sejarah Tasik Paya Bungor.. aicehh..~ cam wartawan tibi tige plak yer?
Baeklah.. dgn bantuan mambang google, kalo ditaip kat google map tu ‘Tasik Paya Bungor‘, maka akan kuar la satu imej yg terbentuk spt sebuah tasik yg bersambung dgn sebatang sungai yg dinamakan Sungai Lepar.. meh tgk map kat bawah neh..

- Yess.. "A" tu la rumah tok ketua kampong.. ehh..?!
Takkan tak pernah dengar menteri besar mase tu, Khalil Yakob, (bukan Saleh Yakob yer..) pernah terjun dalam tasik tu, kononnye nak membuktikan tade boyer la tuh.. hehee..
Korang tataw kot.. sehari sblom die terjun lam tasik tu, sepasukan komando sudah pon menerjunkan diri mereka kedalam tasik tu, check dulu la lam tu kot ade boyer ke.. bewok ke, ataupon berok.. berok ape dalam air? berok jatuh lam air lah.. kakakaa.. ok2.. kite seyes..
Mase die dah terjun, beberape pasukan penyelam suda pon standby kalo ade ape2 berlaku kek orang tua tuh.. huhu.. mane bleh men terjun jer.. gilo?! aku dgr ade boyer jer, jgnkan harap aku nk terjun.. mancing pon tak brani.. bagi la sejuta pon.. tak sanggup aku! tp tu la.. kemunculan boyer putih mengikut crite mak aku tu hanye lah lagenda semata-mata.. ntah.. memang tade kot..
Ha.. mane dpt name Tasik Paya Bungor nih? yeahh.. ini adalah akibat kemunculan pokok2 dari spesis bungur/bungor yg tumbuh ngan sehat dan kacaknye di tepi tasik tuh.. haa.. nape aku kate kacak plak kat pokok neh..? bile musim bunga die tumbuh.. rase cam kat korea sanun tu ha.. so sweet.. die ade kaler merah ngan putih.. indahnye terase bile bunga2 ni berguguran jatuh ke bumi, terase damai bile mase angin sepoi2 menyapa diri dan ditakala itu terlihat pula matahari terbenam di tepi tasik itu.. wahh.. syahdu tol..( tempat mak ngan ayah den berdating dulu kat sini la.. huhu… )
Tasik Paya Bungor ni sebenarnye dulu sebuah perkampungan, pada tahun 1926, berlaku banjir besar dan menenggelamkan terus kampung nih, lantas melenyapkan ia dari peta Malaysia.. berdasarkan fakta yg dicritekan oleh mak aku sendiri..
Tapi skang.. tempat yg dahulu begitu indah, tenang dan mendamaikan, kini hanya tinggal kenang-kenangan, bangunan yg dibina kacak itu suda pon dimakan usia dan anai2.. terbiar usang bagai menanti rebah ke muka bumi.. owhh sedey plak aku tgk mase balik kampung raye haji lepas.. gambar kat bawah ni menjelaskan segalanye..
ni brite pasal Tasik Paya Bungor yg aku amek bulat2 dari web sidangonline.net:
Legenda buaya putih Tasik Paya Bungor terbiar, patut jadi kawasan pelancongan
Friday : 6 November 2009 | 9:19 am | adminKUANTAN: Negeri Pahang sememangnya memiliki keistimewaan dan kekayaan alam semula jadi yang menarik sebagai produk pelancongan.
Daripada Gunung Tahan dan Gunung Senyum yang tersohor itu, hinggalah kepada tanah tinggi popular seperti Cameron Highlands dan Bukit Fraser, hutan tropika tertua seperti di Taman Negara dan Rimba Kenong, gua bersejarah di Kota Gelanggi dan Gua Charah di Kuantan, pesisir pantai indah menghadap ke Laut China Selatan dari Cherating, Teluk Chempedak hingga ke Rompin dan pulau kesepuluh tercantik di dunia iaitu Pulau Tioman.
Selain itu terdapat juga tasik yang termasuk dalam peta pelancongan dunia seperti Tasik Chini dan Tasik Bera. Namun begitu terdapat satu lagi tasik yang sering dikunjungi ramai dulu tetapi kini sudah terbiar iaitu Tasik Paya Bungor.
Lokasi Tasik Paya Bungor yang luas saujana mata memandang itu terletak di tepi jalan utama antara Maran ke Kuantan dan cuma memakan masa 10 minit jika berkereta dari jalan keluar Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Gambang.
Tasik berair tenang itu juga tidak jauh dari Hutan Lipur Jerangkang yang sering menjadi kegilaan mereka yang gemarkan aktiviti perlumbaan lasak kenderaan pacuan empata roda.
Menurut penduduk, tasik tersebut dinamakan sempena kawasan sekitarnya ditumbuhi banyak pokok bungor yang cantik bunganya berwarna merah dan putih. Sementara menurut cerita mulut ke mulut di dasar tasik itu dipercayai terdapat buaya putih.
Pada satu ketika dulu Tasik Paya Bungor merupakan kawasan rekreasi yang popular sehingga menjadi kunjungan ramai pelancong domestik dan luar negara kerana dilengkapi pelbagai kemudahan. Malahan acara sukan air seperti berkayak dan lumba bot bagi Sukma 1996 yang mana Pahang menjadi tuan rumahnya ketika itu, diadakan di situ.
Yang menariknya dan masih menjadi ingatan ramai ialah adegan Menteri Besar Pahang ketika itu Tun Khalil Yaakob sendiri telah membuat demonstrasi terjun dan berenang ke dasar tasik ini untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa tiada buaya ganas di situ.
Selepas Sukma, kawasan tersebut tinggal terbiar tidak terurus lagi.
Kini kawasan rekreasi di tepi jalan yang menyimpan bnayak kenangan itu tinggal terbiar. Dalam tinjauan SidangOnline, didapati jeti dan chalet yang dibina sempena Sukma sudah reput sementara rumah-rumah persingahan dan gerai yang dahulunya meriah kini malap dan ‘menakutkan’. Deretan rumah kedai, balai serba guna dan surau jeti yang pernah dibangunkan oleh Syarikat Jelai itu telah rosak dan langsung tidak diselenggarakan sehingga dilitupi belukar yang menggerunkan.
Banyak pihak yang ditinjau pendapat masing-masing, melahirkan rasa kesal kerana pihak kerajaan Pahang atau agensinya ternyata gagal memajukan aset yang sangat berharga ini. Sedangkan pada satu ketika dahulu, di pinggir tasik ini sudah tersedia pelbagai prasarana untuk kemudahan mereka yang melalui jalan tersebut.
Umpamanya dulu pemandu yang kepenatan boleh melepaskan lelahnya, berehat atau menunaikan kewajipan sembahyang dan makan-makan sambil menikmati pemandangan alam yang sangat menarik dan unik ini. Malangnya, semua itu tinggal nostalgia belaka dan prasarana yang dibina mungkin mencecah jutaan ringgit dulunya kina terbiar reput begitu sahaja dan menunggu masa menyembam bumi.
Seorang penduduk tempatan Kamizi Zainal, 41, ketika ditemui berkata sepatutnya kerajaan berusaha memajukan kawasan berkenaan dan tidak membiarkannya begitu kerana bangunan yang ditinggalkan membawa kesan buruk kerana menjadi sarang maksiat dan aktiviti penagih dadah melepaskan gian di situ.
“Saya hairan kenapa kerajaaan tak nampak jalan untuk majukan kawasan tersebut. Keistimewaan tasik Paya Bungor ini ialah dia ada pulau di tengah-tengah tasik jadi banyak benda boleh dibuat di situ boleh buat tempat rekreasi, trek jogging, jungle tracking dan sebagainya. Jika pihak kerajaan menggalakkan aktiviti perkhemahan sekarang, Tasik paya Bungor merupakan kawasan yang selamat kerana berada di pinggir jalan besar dan mudah ditangani jika berlaku sesuatu”.
“Jadi di sini boleh jadi tempat pelancongan yang sihat, boleh dapatkan hiburan semula jadi dan ketenangan untuk pelancong dalam dan luar negara. Kalau buat pusat ternakan air tawar juga boleh mendatangkan hasil lumayan. Sekarang orang mengail keli di sini tapi ikan yang berharga mahal seperti kelah pun sesuai diternak. Bila sudah menjadi tempat kunjungan ramai sudah tentu kawasan sekitar jadi maju dan boleh menjana pendapatan penduduk tempatan seperti kami, “ katanya.
Seorang petugas swasta yang selalu berulang-alik dari Temerloh ke Kuantan, Zukri Salleh, 29, mendakwa beliau sering singgah berehat dan sembahyang di surau yang disediakan berhampiran tasik berkenaan beberapa ketika dulu. Beliau yang sering membawa anak-anak berjalan, berharap pihak berkuasa tidak membiarkan keadaan itu berterusan sebaliknya membangunkannya semula.
“Jika lebuh raya menyediakan R&R untuk penggunanya, maka kemudahan berhampiran Tasik Paya Bungor ini wajar jadi tempat rehat dan rawat yang menarik bagi mereka yang menggunakan jalan alternatif untuk ke pantai timur”.
“Sayanglah tempat yang menarik dan bersejarah ini terbiar, saya sendiri sempat guna kemudahan surau di situ dulu dan lepas itu bawa anak-anak makan dan minum di gerai berdekatan. Sekarang ini bila tak ada kemudahan susahlah… kena terus ke Kuantan”.
“Sekarang ini jalan raya sudah dibina baru di sini jadi saya rasa elok dibangunkan kembali tempat ini dan sediakan juga tempat bermain kanak-kanak. Bagi saya kerajaan tak rugi sebab ini juga caranya boleh membantu ekonomi penduduk tempatan yang rata-rata merupakan petani yang ada dusun buah-buahan,” katanya.
Seorang ahli peniagaan dari Kuantan yang sering berulang alik ke Kuala Lumpur melalui kawasan tersebut, Nasrun Amir Abdullah, 45, ketika diminta pendapatnya berkata, keadaan terbiar itu melambangkan pembaziran dan tiadanya perancangan bersifat semasa pihak kerajaan.
Katanya, mungkin alasannya tidak komersil tapi kerajaan kena mencuba sebab tempat itu pernah dimajukan.
“Kenapa Gambang yang hanya 10 minit dari sini boleh dimajukan oleh syarikat dari Taiwan. Paya Bungor patut cuba dimajukan kembali oleh kerajaan atau jika tidak mampu boleh ditawarkan kepada syarikat swasta tempatan”.
“Tempat begitu boleh dimajukan contohnya di Batu Gajah dan Lembah Kinta di Perak, yang dijadikan kawasan perikanan seperti pusat memancing dan kolam ternakan ikan air tawar sehingga boleh memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Bayangkan jika ada restoran terapung dan perkhidmatan barbiku ikan air tawar segar dari tasik. Tentu jadi kunjungan pelancong dalam dan luar negara”.
“Boleh juga dijadikan kawasan pelancongan dan rekreasi dan aktiviti seperti berkayak. Saya fikir dalam keadaan iklim ekonomi dunia terus tidak menentu dan akaun kerajaan Pahang sendiri nampak menghadapi masalah kerana perolehan pendapatan serba tidak menentu, jadi eloklah melabur dalam industri pelancongan semulajadinya ini kerana ia menguntungkan dalam jangka masa panjang”.
“Pokoknya mesti ada inisiatif untuk memajukannya agar tidak terbiar dan kawasan sekitarnya pun akan maju, ujarnya lagi.
Bagi kakitangan kerajaan Zulkafley Abdul Hamid, 45, membiarkan kawasan menarik seperti Tasik paya Bungor merugikan kerana Pahang kaya dengan kecantikan alam semula jadi tetapi tidak dimanfaatkan.
“Kita ada kementerian pelancongan dan agensi-agensinya. kita ada portfolio pelancongan peringkat negeri jadi tak patut dibiarkan begitu saja kawasan menarik dan bersejarah itu kerana ia berada di pinggir jalan untuk ke ibu negeri,” katanya.
“Agensi pelancongan buat promosi pelancongan bernilai jutaan setahun ke luar negara. Sepatutnya kerajaan negeri kena ambil kesempatan”.
“Kalau kerajaan negeri tak mampu, elok diswastakan saja kawasan tersebut supaya dapat dibangunkan. Cuba tengok kawasan lain seperti Sungai Semuji Resort yang telah berjaya dibangunkan sebagai training centre oleh syarikat swasta”.
“Penduduk setempat juga boleh digalakkan membina homestay dan chalet bagi menambah pendapatan mereka”.





















Facebook comments: