….
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
Aku ade tips dan info menarik utk dikongsi bersame pembaca sekalian, dok mengarut je kat blog ni, elok la jugak sekali skaler aku share mende nih utk dibuat pedoman.. ehehe..
Sifat-sifat wanita yg disenangi lelaki yg lembut cam i ni.. oulss…~ ehehe
1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah kemengadaan anda, tetapi pastikan ianya bukanlah sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah. aharkss..!
3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.
4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.
7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samaada di bandar atau di kampung.
8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah. Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.
10 . SATU KEPALA
Lelaki mengade ini suke kat pompuan yg kat atas sane tu.. sebab dua2 pon mengade! ahaha.. ehh? ni pon point jugak kan..? terima lahh.. terima laaahh…~
Sekian tips2 menarik dari processor pentium enam..
Facebook comments:



















July 26th, 2010 at 2:33 PM
no 1= xbrapa nk ada rasanya..
no 2= ohohoo!! mmg lgsung xde..
no 3= penuh pengertian?? urmm.mcm xde gak
no 4= haa..yg ni ada kot ckt2
no 5= yg ni mmg xde lgsung.
no 6= hakhak!! i gagap…ketaq lutut tiap kali berbicara
no 7= sgt pmalu..makanya, xde gak ciri nih
no 8= ada kot..
no 9= sob..sob..ada ckt2 rasanya..
no 10= haaa..yg ni ada..mmg 1 kpala..
kesimpulannya= ciri ape je yg daku ada?? owhhh..sgt sadis..uuuwaaa…
August 12th, 2010 at 9:15 AM
hanya naluri seorang lelaki yg mengade aje yg dapat merasainye.. ehehe
mengade nye den.. oulss~